PERTANDINGAN MENCIPTA TAG LINE KESUJA 2011


Seperti yang sedia maklum, Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Jalan (KESUJA) telah diaktifkan semula. Oleh itu, bersempena dengan semangat baru ini, KESUJA menganjurkan pertandingan mencipta Tag Line KESUJA dan pertandingan ini terbuka kepada semua ahli KESUJA.

Untuk makluman, semua penyertaan hendaklah dikemukakan terus kepada Setiausaha KESUJA, En. Mohd Yunos bin Ali melalui emel MdYunos@jkr.gov.my selewat-lewatnya pada 28 Julai 2011 (Khamis). Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Yunos bin Ali di sambungan 8306. Setiap penyertaan hendaklah disertakan bersama maklumat-maklumat berikut :

  1. Nama Penuh
  2. Emel dan No Telefon
  3. Bahagian dan Cawangan
  4. Tag Line

Tag Line hendaklah bercirikan semangat kesukanan dan kekitaan, membawa maksud yang jelas dan ringkas supaya mudah diingati. Hanya penyertaan yang lengkap akan diambil kira. Penyertaan yang lewat tidak akan dilayan. Hadiah lumayan menanti pemenang yang bertuah !!!

Selain itu, KESUJA juga mengalu-alukan buah fikiran dari ahli KESUJA untuk mencadangkan nama-nama kumpulan baru yang bersesuaian dalam KESUJA. Sebagai imbasan bersama, terdahulu terdapat empat nama kumpulan yang diberikan iaitu Clover Leaf, Spaghetti, Trumpet dan Diamond. Sila lontarkan pandangan dan cadangan anda kepada :

  1. Enita binti Emrus - ext. 7141 (Enita@jkr.gov.my)
  2. Iliya Yuaini binti Iram - ext. 8394 (Iliya@jkr.gov.my)
  3. Ezzazila binti Abarsah - ext. 7141 (Ezzazila@jkr.gov.my)
  4. Siti Dalima binti Abd. Munir - ext. 7751 ( SitiDalima@jkr.gov.my)
  5. Roslina binti Ramlee - ext. 7313 (RoslinaR@jkr.gov.my)
  6. Fairol Afira bin Mohd Fadzil - ext. 7313 (Fairol@jkr.gov.my)
  7. Mohd Ashraf bin Mahdzir - ext. 7851 (AshrafM@jkr.gov.my)
  8. Mohd Sazali bin Safari - ext. 7742

Pandangan dan cadangan yang dikemukakan terus ke Fan Page KESUJA juga boleh diambil kira. Maklumbalas dari semua ahli amatlah diharapkan dalam memantapkan lagi kelab kita ini.

AYUH, KITA BERAKSI !!!!!

2 comments:

NoRa said...

logo kesuja tu x menarik la...mcm lama je...

Editor Media & Penerbitan said...

Pn. Nora,
Logo KESUJA tidak boleh diubah atau dipinda merujuk kepada Perlembagaan KESUJA Fasal 17 melainkan dengan beberapa syarat yang telah dinyatakan.

Post a Comment>