KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP INTER-BAHAGIAN KESUJA 2011


Biro Sukan Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Jalan, KESUJA akan menganjurkan KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP INTER-BAHAGIAN KESUJA 2011 yang dijadualkan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15 Oktober 2011(Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Pin Junction, e@Curve , Mutiara Damansara


SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOWLING INTER BAHAGIAN KESUJA 2011
  1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada semua ahli KESUJA. Jika ketika permainan berlangsung , ada pasukan yang menggunakan orang luar seperti suami/isteri/anak/ dll., pihak penganjur tidak akan teragak-agak untuk membatalkan penyertaan pasukan tersebut jika ada aduan dari pasukan lain.
  2. Setiap pasukan mestilah mempunyai 4 orang peserta dan boleh terdiri daripada peserta lelaki atau wanita di dalam satu pasukan.
  3. Setiap bahagian perlu menghantar sekurang-kurangnya minimum satu pasukan. Amat dialu-alukan jika bahagian tersebut hendak menghantar lebih dari satu pasukan dengan syarat semua pemain dari bahagian yang sama.
  4. Setiap pasukan perlu menamatkan 3 permainan (games).
  5. Cabutan secara rawak akan dibuat sebelum pertandingan untuk menentukan kedudukan lorong permainan (lane) setiap pasukan.
  6. Yuran penyertaan adalah seperti berikut:-
    • Seorang - RM 30
    • Satu Pasukan - RM 120 
  7. Yuran penyertaan mestilah dijelaskan sebelum pertandingan.
  8. Hadiah-hadiah yang disediakan:
    • Acara berpasukan - Tempat Pertama hingga Ketiga
    • Saguhati dari tempat ke-4 hingga 15
    • Balingan Tertinggi (Highest Score/Per Game) - Lelaki dan Perempuan
    • Balingan Terendah (Total Lowest Score Overall) - Lelaki dan Perempuan
  9. Jumlah handicap untuk setiap peserta wanita ialah sebanyak 15 untuk 3 games.
  10. Kadar sewa kasut ialah RM2.00 sepasang dan termasuk sekali dalam yuran penyertaan.
  11. Pendaftaran hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pertandingan bermula.
  12. Permohonan dan bayaran yuran penyertaan perlu dibuat selewat-lewatnya pada 15 September 2011 kepada :
    • Hafiz/Hanafi - BKUB Tingkat 15
    • Sharifah Maziah - BPKS Tingkat 15
    • Zainol / Tuty - BPP Tingkat 9
    • Salwaati / Norazila - UTK / BPP Utara Tingkat 9
    • Syaherman - ECER
    • Amran - BPP Luar Bandar Tingkat 10
  13. Kegagalan pasukan memenuhi salah satu daripada syarat-syarat akan menyebabkan penyertaan akan ditolak.
  14. Sebarang syarat dan peraturan pertandingan boleh berubah mengikut kesesuaian oleh Jawatankuasa Penganjur.
Untuk muat turun Borang Penyertaan dan Syarat-syarat penyertaan klik disini

    LANJUTAN TARIKH TUTUP PERTANDINGAN MENCIPTA TAG LINE KESUJA 2011

    Hasil dari perbincangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KESUJA, tarikh tutup Pertandingan Mencipta Tagline KESUJA 2011 akan di lanjutkan sehingga 5 September 2011 (Isnin).


    Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pertandingan ini, boleh rujuk kembali pada PERTANDINGAN MENCIPTA TAG LINE KESUJA 2011.

    EKSPEDISI MENDAKI BUKIT BROGA KESUJA 2011


    Salam Hormat kepada semua,

    Seperti yang telah dimaklumkan pada entry terdahulu, Ekspedisi Mendaki Bukit Broga Kesuja 2011 di cadangkan berlangsung seperti ketetapan berikut :

    Tarikh : 1 Oktober 2011 ( Sabtu )
    Masa : 4.30 pagi – 12 tengahari
    Yuran penyertaan : RM 30 (Pengangkutan, sarapan, hadiah pertandingan, T-shirt Mendaki dan lain-lain)

    Objektif :
    • Tujuan utamanya ialah melihat keindahan matahari terbit
    • Mendaki bukit broga sambil bersenam dan menyihatkan badan
    • Merapatkan hubungan silaturahim bersama ahli
    • Menyemai dan memupuk semangat berkumpulan dan tolong menolong
    Pendaftaran dan pembayaran boleh di buat SEKARANG.
    Tempat adalah terhad, pemilihan peserta berdasarkan “first come first serve basis”.
    Ekspedisi ini akan di ketuai dan di pantau oleh orang berpengalaman.
    Yang Di Pertua Kesuja juga akan turut menyertai ekspedisi ini.
    Jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama memeriahkan suasana.
    ** penyertaan hanya dibuka kepada ahli kelab KESUJA sahaja buat masa ini

    Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Biro Rekreasi atau hubungi :
    Danial Iskandar bin Marzuki– ext 7245
    Aiyshah binti Che Amran – ext 8667
    Nur Maizura Bismi binti Muhammad – ext 8601
    Kamariah binti Abu Bakar – ext 8636
    Mohd Aiman bin Hashim – ext 7428
    Hasrulizam bin Othman – ext 8392