MALAM MESRA CAWANGAN JALAN PADA 15 JUN 2011


Seperti yang telah semua sedia maklum, buat julung kalinya , Cawangan Jalan telah mengadakan makan malam iaitu Malam Mesra Cawangan Jalan 2011 yang berlangsung pada 15 Jun 2011 lalu di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. 
Malam yang penuh gilang gemilang tersebut dihadiri oleh kakitangan Cawangan Jalan bersama suami isteri masing-masing. Ini bertepatan dengan tujuan Malam Mesra tersebut diadakan iaitu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kakitangan Cawangan serta berkenalan dengan ahli keluarga terdekat kakitangan. Majlis ini juga bertujuan untuk memperkasakan perhubungan, perpaduan dan ikatan muhibah antara Warga Cawangan Jalan.
Tema pada malam tersebut adalah bertemakan warna iaitu merah dan hitam  . Acara telah bermula dengan ucapan dari Dato’ Pengarah Cawangan Jalan, YB Dato’ Ir. Baharanuddin Bin Che Zain.
Pelbagai acara telah dipersembahkan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut seperti sesi tayangan video, persembahan tarian  , karaoke dan diakhiri dengan dikir barat sebagai persembahan penutup. Warga Cawangan Jalan yang telah bersara dan telah berpindah dari Cawangan Jalan juga turut diraikan sebagai tanda penghargaan sumbangan mereka kepada Cawangan Jalan.

Gambar penuh pada malam tersebut boleh dicapai di ruang Galeri

0 comments:

Post a Comment>