SEGMEN TAHUKAH ANDA : SEJARAH SUKAN PING PONG



Sempena Kejohanan Ping Pong Berpasukan KESUJA 2011 yang akan berlangsung pada 23 Julai 2011, mari kita ambil tahu serba sedikit sejarah berkaitan Sukan Ping Pong.


SEJARAH SUKAN PING PONG

Pada mulanya permainan ping pong merupakan satu kegiatan masa lapang
yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.Corak atau bentuk
pertama permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter
dari Gloucestershire dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb-salah
seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain-membawa balik bola
mainan seluloid dari Amerika yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola
getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.Tindakan itu membawa
kejayaan kepada pengilang seperti Gossima, Whiff Wall, Flim Flam dan Table
Tennis.

Apabila raket yang disaluti velum diperkenalkan, istilah ping pong dicipta, ia
diambil daripada bunyi 'ping' yang dihasilkan apabila bertembung bet dengan
bola dan 'pong' yang terhasil apabila ia melantun di atas meja.
Pada tahun1902, seorang profesor pelawat Jepun telah membawa balik
permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar
universiti di sana. Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British,
Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang
Vienna dan Budapest. Dengan ini benih perkembangan sukan ini telah tersemai
dan menarik minat orang ramai.

Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927.
Pemenangnya ialah seorang berbangsa Hungary iaitu Dr. Jacobi. Pada sekitar
tahun 30-an pasukan Hungary telah menguasai kejohanan dunia. Pada masa
itu pukulan 'spin' telah masyhur di kalangan para pemain. Pada tahun 1950-an,
pemain Jepun telah menguasai dunia ping-pong dengan corak permainan dan
cara cekak pen (pen holder) yang mementingkan corak menyerang dan gerak
kaki yang pantas. Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dari tahun 1954
hingga 1959. Dalam tahun 1960-an negeri China muncul sebagai sebuah
negara ping-pong yang handal. Mereka menguasai dunia ping-pong menerusi
penggunaan corak permainan laju dan dekat kepada meja. Pada tahun 1970-an
pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan mereka bertarung dengan
pemain-pemain dari Asia.

Pada tahun 1980-an pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada
pemain-pemain Asia. Pada tahun1927 Persekutuan Ping-pong Antarabangsa
(ITTF) hanya mempunyai 9 ahli sahaja,tetapi pada taun1990,ITTF mempunyai
145 persatuan di bawahnya. Disamping itu ada pula 4 persekutuan peringkat
dunia ,Recognized Continental Federation di bawah naungan ITTF.
Persekutuan tersebut ialah:-)African Table Tennis Federation,Asian Table
Tennis Union,European Table Tennis Union dan South American Table Tennis
Confederation.

Sumber : google

BROGA HILL EXPEDITION - AKAN DATANG


Jangan lupa nantikan Ekspedisi Mendaki Bukit Broga di Semenyih. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Biro Rekreasi anda.

Danial Iskandar - 03-2696 7245

KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN



Kejohanan Ping Pong Berpasukan Kesuja 2011 di cadangkan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1 petang
Tempat : Kantin Jabatan Kerja Raya Blok F
Format
Pertandingan : Liga, Best of Three @ Best of Five( Mengikut kepada
sambutan penyertaan )
Pasukan : Setiap Bahagian/Unit perlu menghantar penyertaan
individu,beregu lelaki/beregu perempuan/ beregu campuran
Undang-undang : Mengikut ITTF

Syarat pertandingan :
1. Setiap Bahagian dan Unit dibenarkan menghantar lebih daripada satu pasukan.
2. Jumlah minimum pemain adalah tiga orang. Dua peseorangan dan satu beregu.
Peseorangan pertama tidak dibenarkan bermain dua kali.
3. Pasukan yang dicadangkan;
a) BPKS
b) BKUB
c) Unit Projek Khas
d) BPP Luar Bandar
e) BPP Utara
f) Unit Tugas Khas
g) BPP Pelbagai Negeri
h) BPP Pembangunan
i) BPP Timur
j) BPP Tengah
k) Pasukan Projek ECER
l) BPP Selatan
4. Undian akan dijalankan pada 22 Julai 2011(Jumaat). (Menentukan Kumpulan)
5. Kumpulan terbahagi kepada empat kumpulan. Perlawanan akan dijalankan secara Liga
(round robin).
6. Dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati
(Knockout) peringkat suku akhir.
7. Pengadil tidak disediakan. Pengadil adalah dikalangan pemain pasukan yang
bertanding.
8. Peralatan sukan tidak disediakan, penganjur hanya menyediakan meja ping pong dan
bola sahaja. Peralatan lain mohon pasukan tuan/puan yang menyediakan.

Tentatif pertandingan;
1. Game bermula jam 8.30am - 1.00pm (Sabtu).
2. Sila buat bayaran penyertaan selewat-lewatnya 20/7/2011 (Rabu) kepada urusetia.
3. Pasukan digalakkan menggunakan jersi yang sama untuk sesi bergambar (jika ada).
4. Bekalan ubatan, bad, kerusi roda, ambulance dan lain-lain tidak disediakan.
5. Kumpulan sorak (penyokong) adalah dibenarkan tetapi tidaklah diwajibkan.
6. Lain-lain perkara akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian untuk makluman dan persediaan.Borang penyertaan bolehlah diajukan kepada :

Muhammad Hafiz Bin Hassan – ext. 7828

Zainol Bin Hussin – ext. 7831

Mohd Hanafi Bin Mohd Noor – ext. 8309

Norazila Abdul Majid - ext. 7821

Syaherman Johar - ext. 8602


Cadangan dialu-alukan untuk melaksanakan program ini dengan jayanya.