KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN



Kejohanan Ping Pong Berpasukan Kesuja 2011 di cadangkan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1 petang
Tempat : Kantin Jabatan Kerja Raya Blok F
Format
Pertandingan : Liga, Best of Three @ Best of Five( Mengikut kepada
sambutan penyertaan )
Pasukan : Setiap Bahagian/Unit perlu menghantar penyertaan
individu,beregu lelaki/beregu perempuan/ beregu campuran
Undang-undang : Mengikut ITTF

Syarat pertandingan :
1. Setiap Bahagian dan Unit dibenarkan menghantar lebih daripada satu pasukan.
2. Jumlah minimum pemain adalah tiga orang. Dua peseorangan dan satu beregu.
Peseorangan pertama tidak dibenarkan bermain dua kali.
3. Pasukan yang dicadangkan;
a) BPKS
b) BKUB
c) Unit Projek Khas
d) BPP Luar Bandar
e) BPP Utara
f) Unit Tugas Khas
g) BPP Pelbagai Negeri
h) BPP Pembangunan
i) BPP Timur
j) BPP Tengah
k) Pasukan Projek ECER
l) BPP Selatan
4. Undian akan dijalankan pada 22 Julai 2011(Jumaat). (Menentukan Kumpulan)
5. Kumpulan terbahagi kepada empat kumpulan. Perlawanan akan dijalankan secara Liga
(round robin).
6. Dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati
(Knockout) peringkat suku akhir.
7. Pengadil tidak disediakan. Pengadil adalah dikalangan pemain pasukan yang
bertanding.
8. Peralatan sukan tidak disediakan, penganjur hanya menyediakan meja ping pong dan
bola sahaja. Peralatan lain mohon pasukan tuan/puan yang menyediakan.

Tentatif pertandingan;
1. Game bermula jam 8.30am - 1.00pm (Sabtu).
2. Sila buat bayaran penyertaan selewat-lewatnya 20/7/2011 (Rabu) kepada urusetia.
3. Pasukan digalakkan menggunakan jersi yang sama untuk sesi bergambar (jika ada).
4. Bekalan ubatan, bad, kerusi roda, ambulance dan lain-lain tidak disediakan.
5. Kumpulan sorak (penyokong) adalah dibenarkan tetapi tidaklah diwajibkan.
6. Lain-lain perkara akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian untuk makluman dan persediaan.Borang penyertaan bolehlah diajukan kepada :

Muhammad Hafiz Bin Hassan – ext. 7828

Zainol Bin Hussin – ext. 7831

Mohd Hanafi Bin Mohd Noor – ext. 8309

Norazila Abdul Majid - ext. 7821

Syaherman Johar - ext. 8602


Cadangan dialu-alukan untuk melaksanakan program ini dengan jayanya.

3 comments:

ATAN said...

ramai yang takde nie...aku pon takde..huhuhu

twindenal said...

Ok la tu...tentu denial nak tunjuk belang dia..hahahahaha

Danial Marzuki said...

hahahha..aku target no 3 je..

Post a Comment>