Biro Sukan Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Jalan, KESUJA akan menganjurkan KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP INTER-BAHAGIAN KESUJA 2011 yang dijadualkan berlangsung seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 15 Oktober 2011(Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Pin Junction, e@Curve , Mutiara Damansara
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOWLING INTER BAHAGIAN KESUJA 2011
- Pertandingan ini hanya terbuka kepada semua ahli KESUJA. Jika ketika permainan berlangsung , ada pasukan yang menggunakan orang luar seperti suami/isteri/anak/ dll., pihak penganjur tidak akan teragak-agak untuk membatalkan penyertaan pasukan tersebut jika ada aduan dari pasukan lain.
- Setiap pasukan mestilah mempunyai 4 orang peserta dan boleh terdiri daripada peserta lelaki atau wanita di dalam satu pasukan.
- Setiap bahagian perlu menghantar sekurang-kurangnya minimum satu pasukan. Amat dialu-alukan jika bahagian tersebut hendak menghantar lebih dari satu pasukan dengan syarat semua pemain dari bahagian yang sama.
- Setiap pasukan perlu menamatkan 3 permainan (games).
- Cabutan secara rawak akan dibuat sebelum pertandingan untuk menentukan kedudukan lorong permainan (lane) setiap pasukan.
- Yuran penyertaan adalah seperti berikut:-
- Seorang - RM 30
- Satu Pasukan - RM 120
- Yuran penyertaan mestilah dijelaskan sebelum pertandingan.
- Hadiah-hadiah yang disediakan:
- Acara berpasukan - Tempat Pertama hingga Ketiga
- Saguhati dari tempat ke-4 hingga 15
- Balingan Tertinggi (Highest Score/Per Game) - Lelaki dan Perempuan
- Balingan Terendah (Total Lowest Score Overall) - Lelaki dan Perempuan
- Jumlah handicap untuk setiap peserta wanita ialah sebanyak 15 untuk 3 games.
- Kadar sewa kasut ialah RM2.00 sepasang dan termasuk sekali dalam yuran penyertaan.
- Pendaftaran hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pertandingan bermula.
- Permohonan dan bayaran yuran penyertaan perlu dibuat selewat-lewatnya pada 15 September 2011 kepada :
- Hafiz/Hanafi - BKUB Tingkat 15
- Sharifah Maziah - BPKS Tingkat 15
- Zainol / Tuty - BPP Tingkat 9
- Salwaati / Norazila - UTK / BPP Utara Tingkat 9
- Syaherman - ECER
- Amran - BPP Luar Bandar Tingkat 10
- Kegagalan pasukan memenuhi salah satu daripada syarat-syarat akan menyebabkan penyertaan akan ditolak.
- Sebarang syarat dan peraturan pertandingan boleh berubah mengikut kesesuaian oleh Jawatankuasa Penganjur.