EKSPEDISI MENDAKI BUKIT BROGA


Pada 1 Oktober 2011 ( Sabtu ), Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Jalan (KESUJA) telah menganjurkan Ekspedisi Mendaki Bukit Broga. Objektif utama program seumpama ini diadakan adalah untuk :
  • Melihat keindahan matahari terbit
  • Mendaki bukit broga sambil bersenam dan menyihatkan badan
  • Merapatkan hubungan silaturahim bersama ahli
  • Menyemai dan memupuk semangat berkumpulan dan tolong menolong
Aktiviti pada hari tersebut bermula seawal jam 4.00 pagi dimana kesemua peserta yang terlibat diminta untuk berkumpul di perkarangan Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, Kementerian Kerja Raya. Aktiviti mendaki dimulakan pada jam 6.15pagi selepas berhenti sebentar bagi menunaikan solat Subuh di Masjid Semenyih. Ekspedisi pada hari tersebut telah diketuai oleh Tn. Hj. Othman bin Hashim dan En. Sahrol Fahmi bin Termizi.

KESUJA mengucapkan syabas dan tahniah kepada setiap peserta yang terlibat dalam ekspedisi ini.

Biro Rekreasi KESUJA juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Ekspedisi Mendaki Bukit Broga ini. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.
Untuk muat turun gambar sepenuhnya sila klik disini ataupun di KesujaCJ Fan Page.

1 comments:

Danial Marzuki said...

Thanks semua..

Post a Comment>