Mengenai Kesuja


Nama pertubuhan ini dikenali dengan nama KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA, KUALA LUMPUR ( KESUJA ). KESUJA telah didaftarkan sebagai satu pertubuhan di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan nombor pendaftarannya ialah 1282 pada 16 September 2002.

TUJUAN / MATLAMAT

Tujuan KESUJA ini ialah berusaha untuk :
  1. Mengadakan aktiviti sukan dan lain-lain aktiviti yang bersangkutan dengan sukan yang memerlukan kerjasama kumpulan dan disiplin persendirian yang akan memberi dorongan bagi mewujudkan semangat kumpulan di antara ahli-ahli dan seterusnya mengekalkan dan meningkatkan kesihatan ahli. 
  2. Mengeratkan hubungan serta meningkatkan semangat bekerjasama dan semangat berkumpulan antara ahli-ahli serta menyemai perasaan berpesatuan.
  3. Mengadakan aktiviti-aktiviti selain daripada sukan seperti riadah, kebajikan sosial, kebudayaan dan sambutan perayaan serta lain-lain aktiviti yang berkaitan.
  4. Mengeluarkan bantuan kepada ahli-ahli dalam bentuk derma, sumbangan dan sokongan.
  5. Menaja lawatan-lawatan di dalam dan di luar Malaysia sebagai satu cara meluaskan pengetahuan.
  6. Menaja kejohanan sukan tahunan dan lain-lain permainan antara KESUJA dan lain-lain organisasi sukan.
  7. Bergabung dengan pertubuhan-pertubuhan kebangsaan berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama atau serupa sepenuhnya atau sebahagian daripadanya.
  8. Memupuk kebajikan dan meningkatkan taraf kedudukan, pendidikan dan pengetahuan ahli-ahli KESUJA.
  9. Mengadakan tabung kewangan, menambah dan menguruskan harta serta tabung kewangan KESUJA.
  10. Menerima bantuan dari orang awam untuk menjalankan aktiviti KESUJA. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh KESUJA ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan KESUJA ini, dan tidak sebagaimanapun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli KESUJA. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja KESUJA ini dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada KESUJA ini.