Sumbangan dan Bantuan Kepada Ahli KESUJA

Berkuatkuasa dari Mesyuarat Jawatankuasa KESUJA Bil. 3/2011, mesyuarat telah memutuskan untuk memberi Sumbangan dan Bantuan Badan Kepada Ahli KESUJA mengikut kepada faktor dan bentuk bantuan yang telah ditetapkan bagi tahun 2011 dan 2012.

BIL
SUMBANGAN/BANTUAN
KADAR (RM)
KEPUTUSAN MESYUARAT
1
Perkahwinan (kali pertama)
100.00
BERSETUJU
2
Kelahiran (kali pertama di Cawangan Jalan)
100.00
BERSETUJU
3
Sakit/ Keuzuran (sijil cuti sakit lebih daripada 7 hari)
100.00
(dihadkan melebihi 3 hari dan sekali dalam mesyuarat agung)
4
Kematian (ahli keluarga sahaja)
100.00
BERSETUJU
5
Kecemerlangan Peperiksaan (anak-anak Ahli) :-

Penyerahan sumbangan dalam satu majlis meraikan mereka.
UPSR (5A ke atas)
50.00
PMR (7A ke atas)
100.00
SPM (8A ke atas)
150.00
6
Bencana Alam (kebakaran/banjir/tanah runtuh dsb) 
* melibatkan perpindahan dari kediaman sediada
300.00
BERSETUJU
7
Perpindahan (keluar dari Cawangan Jalan)
100.00
Berbentuk Hadiah
8
Persaraan
100.00
Berbentuk Hadiah
9
Anak-anak Yatim
150.00
perlu dijelaskan dengan tepat definisi 'anak-anak yatim' yang dinyatakan dan melibatkan perayaan Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baru Cina. Kadar sumbangan yang dipersetujui adalah RM150.00 bagi satu keluarga.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh berhubung dengan Pengerusi Biro Kebajikan KESUJA, En. Khairulanwar bin Abu Hasan di talian 03-2696 7757, (email : Khairulanwar@jkr.gov.my) atau Setiausaha KESUJA, En. Mohd Yunos bin Ali di talian 03-2696 8306, (email : MdYunos@jkr.gov.my).

" KESUJA WE RUN KL 10K "



Sila berhubung dengan BIRO SUKAN anda untuk dapatkan maklumat selanjutnya.

 EN.MUHAMMAD HAFIZ HASSAN  ditalian 03-2696 7828 atau emel HafizH@jkr.gov.my

EKSPEDISI MENDAKI BUKIT BROGA


Pada 1 Oktober 2011 ( Sabtu ), Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Jalan (KESUJA) telah menganjurkan Ekspedisi Mendaki Bukit Broga. Objektif utama program seumpama ini diadakan adalah untuk :
  • Melihat keindahan matahari terbit
  • Mendaki bukit broga sambil bersenam dan menyihatkan badan
  • Merapatkan hubungan silaturahim bersama ahli
  • Menyemai dan memupuk semangat berkumpulan dan tolong menolong
Aktiviti pada hari tersebut bermula seawal jam 4.00 pagi dimana kesemua peserta yang terlibat diminta untuk berkumpul di perkarangan Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, Kementerian Kerja Raya. Aktiviti mendaki dimulakan pada jam 6.15pagi selepas berhenti sebentar bagi menunaikan solat Subuh di Masjid Semenyih. Ekspedisi pada hari tersebut telah diketuai oleh Tn. Hj. Othman bin Hashim dan En. Sahrol Fahmi bin Termizi.

KESUJA mengucapkan syabas dan tahniah kepada setiap peserta yang terlibat dalam ekspedisi ini.

Biro Rekreasi KESUJA juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Ekspedisi Mendaki Bukit Broga ini. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.
Untuk muat turun gambar sepenuhnya sila klik disini ataupun di KesujaCJ Fan Page.