Meriahnya Jamuan Aidilfitri Cawangan Jalan

Seperti yang sedia maklum , Cawangan Jalan telah mengadakan Jamuan Aidilfitri khusus kepada semua Warga Cawangan Jalan. Terima Kasih kepada seluruh warga Cawangan Jalan kerana memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut. Tidak lupa juga kepada Dato' PCJ yang menaja sepenuhnya bagi menjayakan majlis tersebut dengan lancar.Buat Biro Kebajikan KESUJA 2011 selaku Urusetia Majlis Hari Raya "THUMBS UP" atas usaha anda bagi menjayakan jamuan tersebut. Terima kasih juga kepada AJK Hari Raya dan kepada rakan-rakan yang sentiasa membantu dan memberi kerjasama secara lansung dan tidak langsung.

Untuk muat turun gambar sepenuhnya sila klik disini ataupun di KesujaCJ Fan Page.

JAMUAN HARI RAYA CAWANGAN JALAN PADA 14 SEPTEMBER 2011


KEPADA SEMUA KHUSUSNYA PEGAWAI DAN KAKITANGAN CAWANGAN JALAN ADALAH DIJEMPUT
 KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA
YANG DIANJURKAN OLEH CAWANGAN JALAN
BERTEMPAT DI RUANG LEGAR PEJABAT ECER, 
ARAS 2, BLOK C
PADA 14 SEPTEMBER 2011 (RABU)


JANGAN LUPA PADA HARI TERSEBUT PAKAIAN ANDA
HENDAKLAH BERTEMAKAN BAJU TRADISIONAL RAYA YANG LENGKAP..
INGAT..!!! MESTI LENGKAP..
BARU SUASANA MERIAH.. MERIAHHH.. MERIAHHHHH.. !!!


SAMBIL KITA MENJAMU SELERA MENJAMAH LEMANG, RENDANG, KETUPAT YANG TERHIDANG, KITA JUGA AKAN DIHIBURKAN
DENGAN SESI KARAOKE DARI PEGAWAI DAN KAKITANGAN CAWANGAN JALAN
YANG SERBA BERKEBOLEHAN.
DAN BERSEMPENA DENGAN SUASANA HARI RAYA YANG MASIH HANGAT TERASA,
PILIHAN LAGU YANG DISEDIAKAN ADALAH LAGU-LAGU 
BERSEMPENA HARI RAYA.

BAGI YANG INGIN MENUNJUKKAN BAKAT TERPENDAM PADA HARI TERSEBUT,
ISIKAN BORANG YANG DISERTAKAN BERSAMA DAN HANTARKAN KEPADA URUSETIA BERIKUT :-
1. En.Norazmi Bin Bakar (ECER)        03-2696 8627    Emel  : NorAzmiB@jkr.gov.my
2. Mohd Yunos Bin Ali (S/U KESUJA) 03-2696 8306    Emel : MdYunos@jkr.gov.my

BORANG TERSEBUT BOLEH DIHANTAR BERMULA DARI TARIKH HARI INI
SEHINGGA KE TARIKH BERLANGSUNGNYA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA
TERDAPAT BANYAK PILIHAN LAGU YANG DISENARAIKAN.
TAPI, SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI KOLEKSI LAGU SENDIRI SILA BERHUBUNG DENGAN PIHAK URUSETIA.

BERSAMA-SAMA LAH KITA MEMERIAHKANNYA…!!!!

 











KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP INTER-BAHAGIAN KESUJA 2011


Biro Sukan Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Jalan, KESUJA akan menganjurkan KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP INTER-BAHAGIAN KESUJA 2011 yang dijadualkan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15 Oktober 2011(Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Pin Junction, e@Curve , Mutiara Damansara


SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOWLING INTER BAHAGIAN KESUJA 2011
  1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada semua ahli KESUJA. Jika ketika permainan berlangsung , ada pasukan yang menggunakan orang luar seperti suami/isteri/anak/ dll., pihak penganjur tidak akan teragak-agak untuk membatalkan penyertaan pasukan tersebut jika ada aduan dari pasukan lain.
  2. Setiap pasukan mestilah mempunyai 4 orang peserta dan boleh terdiri daripada peserta lelaki atau wanita di dalam satu pasukan.
  3. Setiap bahagian perlu menghantar sekurang-kurangnya minimum satu pasukan. Amat dialu-alukan jika bahagian tersebut hendak menghantar lebih dari satu pasukan dengan syarat semua pemain dari bahagian yang sama.
  4. Setiap pasukan perlu menamatkan 3 permainan (games).
  5. Cabutan secara rawak akan dibuat sebelum pertandingan untuk menentukan kedudukan lorong permainan (lane) setiap pasukan.
  6. Yuran penyertaan adalah seperti berikut:-
    • Seorang - RM 30
    • Satu Pasukan - RM 120 
  7. Yuran penyertaan mestilah dijelaskan sebelum pertandingan.
  8. Hadiah-hadiah yang disediakan:
    • Acara berpasukan - Tempat Pertama hingga Ketiga
    • Saguhati dari tempat ke-4 hingga 15
    • Balingan Tertinggi (Highest Score/Per Game) - Lelaki dan Perempuan
    • Balingan Terendah (Total Lowest Score Overall) - Lelaki dan Perempuan
  9. Jumlah handicap untuk setiap peserta wanita ialah sebanyak 15 untuk 3 games.
  10. Kadar sewa kasut ialah RM2.00 sepasang dan termasuk sekali dalam yuran penyertaan.
  11. Pendaftaran hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pertandingan bermula.
  12. Permohonan dan bayaran yuran penyertaan perlu dibuat selewat-lewatnya pada 15 September 2011 kepada :
    • Hafiz/Hanafi - BKUB Tingkat 15
    • Sharifah Maziah - BPKS Tingkat 15
    • Zainol / Tuty - BPP Tingkat 9
    • Salwaati / Norazila - UTK / BPP Utara Tingkat 9
    • Syaherman - ECER
    • Amran - BPP Luar Bandar Tingkat 10
  13. Kegagalan pasukan memenuhi salah satu daripada syarat-syarat akan menyebabkan penyertaan akan ditolak.
  14. Sebarang syarat dan peraturan pertandingan boleh berubah mengikut kesesuaian oleh Jawatankuasa Penganjur.
Untuk muat turun Borang Penyertaan dan Syarat-syarat penyertaan klik disini