Ekspedisi Mendaki Bukit Broga 2.0 - KE GUNUNG TOK WAN



EKSPEDISI MENDAKI BUKIT BROGA 2.0 YANG PENUH KEDAHSYATAN...

Ekspedisi Mendaki Bukit Broga 2.0 - KE GUNUNG TOK WAN akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh                                        :   3 MAC 2012 (Sabtu)
Masa                                          :   4.30 pg – 12 tghari
Yuran penyertaan                  :   RM 30  (Pengangkutan, Sarapan, Tshirt)
Tarikh tutup Penyertaan      :   24hb FEBRUARI 2012
Borang Penyertaan               :  Sila klik DISINI

Tempat adalah terhad, pemilihan peserta berdasarkan “first come first serve basis”.

Ekspedisi ini akan di ketuai dan di pantau oleh orang berpengalaman.   

Yang Di Pertua Kesuja  juga akan turut menyertai ekspedisi ini, Jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama memeriahkan suasana..!!!

Mohon kepada semua yang ingin menyertai supaya menghantar borang penyertaan yang lengkap di isi beserta yuran penyertaan kepada Cik Bismi di Bahagian Pelbagai Negeri, tingkat 9 sebelum atau pada 24 FEBRUARI 2012. Kerjasama yang di berikan amat dihargai.


Berkenaan dengan saiz baju, sila nyatakan saiz ( S, M, L, XL, 2XL) anda yang betul dan tepat di dalam borang penyertaan. Untuk pengetahuan semua, saiz baju Tshirt adalah saiz(ukuran) standard Malaysia.

JANGAN KETINGGALAN ...ADA CABUTAN BERTUAH !!

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Biro Rekreasi atau hubungi :

Danial Iskandar bin Marzuki                     – ext 7245
Nur Maizura Bismi binti Muhammad         – ext 8601
Kamariah binti Abu Bakar                         – ext 8636
Mohd Aiman bin Hashim                           – ext 7428
Hasrulizam bin Othman                             – ext 8392 
  

The Perkhemahan

Jangan lupa nantikan aktiviti seterusnya untuk ahli KESUJA. Aktiviti Perkhemahan ini akan diadakan pada tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian. Terus nantikan info terkini dari masa ke semasa. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Biro Rekreasi anda.


Danial Iskandar - 03-2696 7245

Sumbangan dan Bantuan Kepada Ahli KESUJA

Berkuatkuasa dari Mesyuarat Jawatankuasa KESUJA Bil. 3/2011, mesyuarat telah memutuskan untuk memberi Sumbangan dan Bantuan Badan Kepada Ahli KESUJA mengikut kepada faktor dan bentuk bantuan yang telah ditetapkan bagi tahun 2011 dan 2012.

BIL
SUMBANGAN/BANTUAN
KADAR (RM)
KEPUTUSAN MESYUARAT
1
Perkahwinan (kali pertama)
100.00
BERSETUJU
2
Kelahiran (kali pertama di Cawangan Jalan)
100.00
BERSETUJU
3
Sakit/ Keuzuran (sijil cuti sakit lebih daripada 7 hari)
100.00
(dihadkan melebihi 3 hari dan sekali dalam mesyuarat agung)
4
Kematian (ahli keluarga sahaja)
100.00
BERSETUJU
5
Kecemerlangan Peperiksaan (anak-anak Ahli) :-

Penyerahan sumbangan dalam satu majlis meraikan mereka.
UPSR (5A ke atas)
50.00
PMR (7A ke atas)
100.00
SPM (8A ke atas)
150.00
6
Bencana Alam (kebakaran/banjir/tanah runtuh dsb) 
* melibatkan perpindahan dari kediaman sediada
300.00
BERSETUJU
7
Perpindahan (keluar dari Cawangan Jalan)
100.00
Berbentuk Hadiah
8
Persaraan
100.00
Berbentuk Hadiah
9
Anak-anak Yatim
150.00
perlu dijelaskan dengan tepat definisi 'anak-anak yatim' yang dinyatakan dan melibatkan perayaan Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baru Cina. Kadar sumbangan yang dipersetujui adalah RM150.00 bagi satu keluarga.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh berhubung dengan Pengerusi Biro Kebajikan KESUJA, En. Khairulanwar bin Abu Hasan di talian 03-2696 7757, (email : Khairulanwar@jkr.gov.my) atau Setiausaha KESUJA, En. Mohd Yunos bin Ali di talian 03-2696 8306, (email : MdYunos@jkr.gov.my).